• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 June 2026 | 03:57 PM

27 Pengamal Media Dalami Adat, Budaya Bidayuh di Kampung Mujat

SERIAN - Seramai 27 pengamal media daripada 14 agensi media di Sarawak berpeluang mendalami adat dan budaya masyarakat Bidayuh menerusi program OooHaa Gawai Dayak AFFIN 2026 yang berlangsung di Kampung Mujat, semalam.

Program berkenaan memberi pendedahan secara langsung mengenai warisan masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong, sekali gus memperkenalkan sejarah Kampung Mujat yang masih mengekalkan keunikan rumah panjang serta amalan budaya tradisi masyarakat setempat.

Ketibaan peserta di kampung tersebut disambut dengan pelbagai aktiviti kebudayaan, termasuk demonstrasi penyediaan makanan dan kuih tradisional seperti kuih keping, kuih cuan, kuih situtok dan sungkoi tungkus (nasi bungkus).

Peserta turut disajikan dengan persembahan tarian tradisional, antaranya Langgi Pingadap yang dipersembahkan sebagai simbol penghormatan kepada tetamu kehormat mengikut adat masyarakat Bidayuh.

Selain itu, mereka turut berpeluang menyaksikan Langgi Julang, tarian yang jarang dipersembahkan kerana memerlukan penari bertubuh kecil dan ringan bagi menghasilkan pergerakan yang menyerupai burung helang sedang terbang.

Program itu turut memperkenalkan sejarah dan keistimewaan Tarian Sirinde, yang merupakan antara tarian tertua masyarakat Bidayuh dan digunakan dalam upacara pentahbisan Tukang Pancha atau Tukang Berih.

Program tersebut meningkatkan pemahaman pengamal media mengenai warisan etnik di Sarawak, sekali gus memperluaskan liputan berkaitan kepelbagaian budaya di Sarawak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok