KUCHING - Cadangan persempadanan semula yang melibatkan penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka tidak sempat dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata perkara itu perlu melalui beberapa proses dan prosedur di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk pameran awam sebelum memberi ruang kepada orang ramai mengemukakan bantahan atau maklum balas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2025 di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, di Kuching hari ini.
Datuk Amar Fadillah yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata SPR mempunyai prosedur tersendiri melibatkan kajian dan banci penduduk.
Pada Julai tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang bagi menambah 17 kerusi baharu DUN, sekali gus meningkatkan jumlah kerusi daripada 82 kepada 99, tertakluk kepada proses persempadanan semula oleh SPR.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back