• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 June 2026 | 10:15 PM

Kapit Suarakan Keperluan Kesinambungan Pembangunan Demi Kesejahteraan Rakyat

KAPIT – Pembangunan di Bahagian Kapit perlu diteruskan, dipercepatkan dan dilengkapkan, agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.

Ia termasuk di kawasan pedalaman yang masih berdepan kekangan asas infrastruktur.

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Kapit, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, semasa berucap dalam Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang Bahagian Kapit, hari ini.

Beliau berkata, persepsi yang mengatakan Kapit sebagai kawasan pedalaman yang jauh daripada arus pembangunan, kini telah berubah. 

Ia merupakan hasil komitmen berterusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Premier Sarawak, yang menterjemahkan harapan rakyat Kapit menjadi hasil nyata.

Katanya, Kapit menghargai kemajuan pembangunan yang telah dilaksanakan, namun usaha berterusan amat penting bagi memastikan tiada kawasan yang tercicir daripada arus pembangunan.

Antara keperluan mendesak yang masih memerlukan perhatian termasuk akses jalan raya, bekalan elektrik, kemudahan pengangkutan sungai serta utiliti asas yang perlu diperkukuhkan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa Bahagian Kapit telah lama memberi sumbangan besar kepada ekonomi Sarawak melalui sumber aslinya, seperti hasil hutan, mineral, tenaga hidroelektrik serta potensi tenaga solar.

Sehubungan itu, adalah wajar sekiranya pembangunan dan manfaat ekonomi daripada sumber tersebut, turut kembali kepada rakyat Kapit secara lebih adil dan seimbang.

Beliau turut menjelaskan, semangat memperjuangkan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menjadi inspirasi kepada rakyat Kapit dalam menuntut pembangunan yang lebih saksama.

Bagaimanapun beliau menegaskan perkara itu bukan tuntutan konfrontasi, sebaliknya harapan berasaskan prinsip keadilan dan tanggungjawab bersama, agar pembangunan lebih seimbang dan memberi manfaat terus kepada rakyat di Kapit.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok