• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 June 2026 | 05:48 PM

Program SKS Kapit 2026 Rasmi Bermula, Tampilkan Pelbagai Perkhidmatan dan Aktiviti Meriah

KAPIT – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Kapit membuka tirainya hari ini, dengan pelbagai pengisian menarik warnai penganjurannya selama tiga hari hingga Ahad ini.

Bahagian Kapit merupakan lokasi keempat penganjuran program berkenaan tahun ini, yang menampilkan pelbagai komponen termasuk Majlis Rasmi, Sarawak Pavilion, Kaunter Perkhidmatan Sarawak, gerai jualan dan usahawan tempatan, serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan orang ramai.

Antara program yang mencuri tumpuan pastinya Malam Budaya Sarawak yang bakal menampilkan persembahan kebudayaan seperti Sarawak Harmoni, Warisan Etnik dan Malam Bermukun.

Persembahan ini dijangka menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang ingin menyaksikan kepelbagaian budaya negeri Sarawak yang unik dan berwarna-warni.

Lebih menarik, beberapa artis tempatan turut dijemput bagi memeriahkan lagi Malam Budaya Sarawak sempena SKS Kapit.

Antara yang bakal membuat persembahan termasuk Mawat, Karen Libau, DJ Sonic dan Kunatak Band.

Program SKS merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh hubungan dengan rakyat menerusi penyampaian perkhidmatan secara terus kepada masyarakat.

Selain itu, program ini turut menjadi platform penyebaran maklumat berkaitan dasar, inisiatif serta agenda pembangunan negeri kepada rakyat secara lebih dekat dan berkesan.

Melalui penganjurannya, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan urusan tanpa perlu ke pejabat agensi secara berasingan.

Kaunter perkhidmatan yang disediakan juga memberi ruang kepada orang ramai untuk berurusan secara terus dengan agensi berkaitan serta mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelbagai bantuan dan inisiatif kerajaan.

Selain itu, SKS turut membuka ruang kepada masyarakat untuk memperoleh maklumat terkini mengenai program bantuan kerajaan serta mengemukakan pandangan dan cadangan terus kepada agensi yang terlibat.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program berkenaan di samping memanfaatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan sepanjang penganjurannya.

Majlis Pra Pelancaran SKS Kapit telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, di perkarangan Dewan Suarah Kapit pagi tadi.

Majlis rasmi perasmian program pula dijadualkan akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg esok.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok