• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 June 2026 | 12:27 PM

Kuching Atasi Bidaan Kuala Lumpur, Raih Hak Penganjuran Interhash 2028

KUCHING – Kuching dipilih sebagai tuan rumah Interhash 2028, selepas menewaskan Kuala Lumpur dan beberapa bandar utama lain seluruh dunia, dalam sesi pemilihan yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Kejayaan bidaan itu sekali gus membolehkan Sarawak menjadi hos acara hash terbesar dunia berkenaan, yang dijadual berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2028.

Interhash diibaratkan sebagai maraton yang tidak berteraskan persaingan, sebaliknya menekankan elemen keseronokan, persahabatan dan pengalaman bersama dalam kalangan peserta.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap keupayaan Sarawak menganjurkan acara berskala besar di peringkat global.

Menurut beliau, pencapaian tersebut turut membuktikan Sarawak semakin diiktiraf sebagai destinasi yang mampu menawarkan pengalaman pengembaraan unik bertaraf dunia.

Katanya, Interhash 2028 dijangka menghimpunkan lebih 4,000 ahli hash daripada 450 cawangan yang mewakili lebih 50 negara seluruh dunia.

Terdapat empat kategori larian utama yang akan ditawarkan, iaitu Ball Breaker Run, Long Run, Medium Run dan Short Run, dengan setiap kategori menampilkan jarak serta tahap cabaran ketahanan yang berbeza.

Tambah beliau, penganjuran acara itu dijangka menjana pulangan kira-kira RM12 juta kepada sektor pelancongan negeri, termasuk penginapan, pengangkutan, perkhidmatan pengendali pelancongan, makanan dan minuman serta industri kraftangan.

Selain itu, penganjuran Interhash 2028 dijangka mengukuhkan lagi reputasi Sarawak sebagai destinasi pelancongan pengembaraan dan budaya terkemuka di Asia Tenggara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Interhash 2028 di Kuching hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Penganjuran Interhash 2028, Robin Kho berkata, jawatankuasa penganjur telah ditubuhkan sepenuhnya.

Kini pihaknya merancang untuk mengadakan siri jelajah promosi hingga 2028.

Menurut beliau, pihak penganjur menyasarkan lebih 1,000 pendaftaran menjelang akhir tahun ini, diikuti kira-kira 2,000 peserta pada tahun hadapan sebelum mencapai sasaran penuh penyertaan menjelang penganjuran acara berkenaan pada 2028.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok