• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 June 2026 | 11:39 AM

71 Peratus Kes Jenayah di Sarawak Selesai

KUCHING – Sebanyak 71 peratus kes jenayah di Sarawak berjaya diselesaikan setakat ini, sekali gus mencerminkan tahap keberkesanan penguatkuasaan serta kawalan keselamatan yang kekal baik di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata pencapaian tersebut membuktikan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Menurut beliau, kadar penyelesaian kes yang tinggi itu turut merangkumi pelbagai kes jenayah yang dilaporkan termasuk kes samun yang berlaku baru-baru ini, apabila suspek berjaya ditahan dalam tempoh singkat hasil tindakan pantas pihak polis.

Datuk Mohamad Zainal berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Kuching hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau memaklumkan prestasi jenayah indeks di Sarawak bagi tempoh Januari hingga 31 Mei 2026 menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan penurunan sebanyak 431 kes atau 21 peratus.

Jumlah itu menurun daripada 2,042 kes pada tahun 2025 kepada 1,611 kes pada tahun 2026, sekali gus menunjukkan trend penurunan jenayah yang positif di negeri ini.

Beliau berkata pencapaian tersebut adalah hasil kerjasama berterusan antara pihak penguatkuasa serta masyarakat dalam membanteras kegiatan jenayah di seluruh Sarawak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok