MIRI – Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke Curtin University Malaysia bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan belia, khususnya dalam bidang kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan bakat.
Pertemuan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Ali Suhaili bersama pihak pengurusan universiti itu turut membincangkan cadangan penganjuran program debat dan wacana intelektual untuk mahasiswa.
AZAM dalam kenyataan hari ini memberitahu kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk memperluaskan kerjasama strategik serta meningkatkan penglibatan belia dalam program pembangunan komuniti berimpak tinggi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back