KUCHING - Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) menyertai Consumer Fair and Trade Expo (CFTE) ke-33 di International Convention Centre (ICC), Berakas bermula hari ini sehingga 28 Jun bagi mempromosikan produk perabot dan industri kayu bernilai tambah tinggi Sarawak.
Penyertaan itu memberi tumpuan kepada peluang padanan perniagaan serta kerjasama perdagangan serantau, selain memperkenalkan inovasi dan amalan mampan dalam industri kayu Sarawak.
STIDC dalam kenyataan hari ini turut mengetengahkan beberapa syarikat tempatan serta mempromosikan potensi pelaburan di Tanjung Manis sebagai hab industri baharu di Sarawak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back