• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 June 2026 | 03:20 PM

Kerajaan Jamin Subsidi Diesel Untuk Pengusaha Bot Sungai di Sabah, Sarawak

KUCHING – Kerajaan memberi jaminan pengusaha bot sungai di Sabah dan Sarawak yang bergantung kepada laluan air sebagai penghubung utama komuniti setempat akan terus menerima manfaat diesel bersubsidi menerusi mekanisme khas yang diselaraskan bersama kerajaan negeri.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam mengenal pasti pengusaha yang layak menerima kuota diesel bersubsidi.

Menurut beliau, pendekatan itu penting memandangkan sebahagian pengusaha bot sungai di kawasan pedalaman menggunakan perkhidmatan tersebut sebagai sumber pendapatan dan pengangkutan utama masyarakat.

Di Sarawak katanya, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mengambil peranan untuk mengenal pasti individu yang layak.

Senarai penerima akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan sebelum kelayakan mereka diaktifkan melalui MyKad bagi membolehkan pembelian diesel bersubsidi.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuching hari ini ketika menjawab pertanyaan mengenai mekanisme tambahan yang disediakan kerajaan untuk sektor maritim di Sabah dan Sarawak susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel RM2.10 seliter bermula 1 Julai ini.

Datuk Seri Amir Hamzah berkata, sekiranya kuota yang diberikan didapati tidak mencukupi berdasarkan penggunaan sebenar, pengusaha boleh mengemukakan permohonan semakan kepada kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan tambahan kuota.

Namun, katanya, sebarang pertambahan kuota perlu disokong dengan data dan rekod penggunaan yang sah bagi mengurangkan risiko ketirisan dan penyalahgunaan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok