• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 June 2026 | 01:24 PM

10 Hari SAF 2026, Sasar 800 Ribu Pengunjung dengan Jualan Mencecah RM6.5 Juta

KUCHING – Festival Agro Sarawak (SAF) 2026 menyasarkan kehadiran seramai 800 ribu pengunjung sepanjang penganjurannya dari 25 September hingga 4 Oktober depan.

Dengan sasaran kehadiran tersebut, festival berkenaan turut dijangka menjana nilai jualan sebanyak RM6.5 juta sepanjang tempoh penganjuran di Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, festival itu dijangka memberi impak positif kepada ekonomi Bintulu serta membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada komuniti setempat dan pemain industri.

Menurut beliau, SAF2026 bukan sahaja mempamerkan perkembangan sektor pertanian negeri, malah menjadi platform penting untuk memperkenalkan inovasi serta teknologi terkini dalam industri agro.

Beliau berkata demikian dalam sidang media SAF2026 di Kuching, hari ini.

Bertemakan ‘Inovasi Pertanian untuk Keterjaminan Makanan’, SAF2026 akan mengetengahkan penggunaan teknologi pintar dalam sektor agro makanan dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan negeri.

Festival itu akan menampilkan 14 laman pameran yang merangkumi pelbagai segmen industri agro, teknologi pertanian serta produk makanan tempatan.

Sebagai acara sokongan, Kongres Pertanian Lestari dan Keterjaminan Makanan (COSAFS) 2026 akan berlangsung dari 3 hingga 6 Ogos.

Kongres yang dianjurkan bersama Universiti Putra Malaysia Sarawak itu akan menghimpunkan penyelidik, ahli akademik dan pemain industri bagi membincangkan isu pertanian lestari serta keterjaminan makanan.

Selain itu, SAF2026 turut menyaksikan penyampaian tujuh anugerah kepada pengusaha dan usahawan agro yang mencatat pencapaian cemerlang dalam industri berkenaan.

Majlis perasmian SAF 2026 dijadualkan disempurnakan oleh Premier Sarawak pada 28 September.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok