• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 June 2026 | 07:03 PM

Platform IIPSC Bakal Diperluas, Buka Laluan Lahirkan Bakat Komunikasi Bertaraf Antarabangsa

KUCHING – Pertandingan Pidato Antara Universiti Antarabangsa (IIPSC) 2026, akan diperluaskan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat muda yang berdaya saing.

Pertandingan anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak itu, menghimpunkan seramai 32 peserta daripada universiti-universiti di seluruh Sarawak serta satu penyertaan dari Indonesia.

Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof. Dr. Firdaus Abdullah berkata, kemahiran pengucapan awam amat penting dalam membina keyakinan diri, di samping mengasah pemikiran kritis dalam menyelesaikan masalah.

Menurut beliau, platform seperti IIPSC bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat, malah membuktikan generasi muda hari ini memiliki potensi besar untuk menjadi pemimpin masa depan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Sehubungan itu, penganjuran pertandingan itu dijangka diteruskan pada tahun hadapan dengan skala yang lebih besar serta penyertaan yang lebih meluas.

Jelasnya, ia bukan sahaja akan melibatkan lebih banyak institusi pengajian tinggi, malah berpotensi diperluaskan kepada pelbagai kategori lain termasuk peringkat sekolah dan komuniti.

Selain itu, pengisian program juga akan terus diperkasakan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi serta rakan industri bagi memperkaya pengalaman peserta.

Ia sekali gus dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah berdaya saing dalam aspek komunikasi, kepimpinan dan inovasi.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian IIPSC 2026 di Kuching, hari ini.

Pertandingan tersebut melabuhkan tirainya hari ini dengan menyaksikan pasangan tuan rumah, Christian Angel Terry dan Zara Adilia Fathiah Madzalan, muncul juara IIPSC 2026.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan keupayaan mahasiswa UiTM Sarawak bersaing di pentas pengucapan awam bertaraf antarabangsa.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok