• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 June 2026 | 02:51 PM

SKS 2026 Diteruskan di Kapit

KAPIT – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 akan kembali diteruskan sebagai platform kerajaan Sarawak mendekati rakyat, kali ini di Bahagian Kapit bermula 26 hingga 28 Jun 2026 di perkarangan Dewan Suarah Kapit.

Program anjuran kerajaan Sarawak itu menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat serta perkhidmatan secara terus di satu lokasi.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai kaunter perkhidmatan disediakan termasuk penerangan mengenai Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026, yang menawarkan bantuan kepada isi rumah, warga emas dan individu bujang.

Selain itu, pengunjung turut boleh mendapatkan maklumat berkaitan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), peluang pekerjaan melalui JobSarawak serta menjalani saringan kesihatan percuma.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti rakyat seperti sukaneka, persembahan kebudayaan dan konsert rakyat.

Majlis perasmian dijadualkan pada 27 Jun yang akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Orang ramai di sekitar Kapit dijemput hadir bagi memanfaatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok