• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 June 2026 | 02:27 PM

Lebih 935,000 Rekod Sarawak Dipelihara Sebagai Warisan Dokumenteri Negeri

KUCHING - Institusi arkib memainkan peranan penting sebagai benteng kepada tadbir urus berintegriti, ketelusan pentadbiran serta pemeliharaan kebenaran sejarah.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata setakat Mei 2026, sebanyak 81,893 fail mengandungi 935,852 rekod telah dipindahkan oleh jabatan dan agensi kerajaan negeri kepada Pustaka Negeri Sarawak untuk tujuan pemeliharaan dan rujukan arkib.

Daripada jumlah itu, katanya, 6,715 rekod bertarikh 1963 dan sebelumnya turut dipelihara sebagai warisan dokumenteri negeri.

Menurut beliau, rekod berkenaan penting sebagai sumber autoritatif dalam memahami sejarah serta mempertahankan kedudukan Sarawak, khususnya berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Japri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Forum Minggu Arkib Antarabangsa 2026 di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Selain forum, sambutan tahun ini turut menampilkan Pameran International Archives Week 2026 serta Projek Legasi Sekolahku yang bertujuan memupuk kesedaran generasi muda terhadap kepentingan pemeliharaan rekod dan sejarah.

Usaha itu diharap dapat memperkukuh kesedaran masyarakat bahawa arkib bukan sekadar himpunan rekod masa lalu, sebaliknya bukti penting yang membentuk identiti, hak dan masa depan Sarawak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok