• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 June 2026 | 02:24 PM

Arkib Jadi Bukti Penting Pertahankan Hak Sarawak di Bawah MA63

KUCHING - Rekod dan dokumen sejarah yang disimpan di arkib merupakan bukti penting dalam usaha Sarawak mempertahankan serta memperkukuh haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata arkib bukan sekadar tempat penyimpanan dokumen lama, sebaliknya berfungsi sebagai sumber rujukan sahih yang membantu menjelaskan sejarah, hak dan kedudukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Katanya, dokumen seperti perjanjian, surat-menyurat rasmi, minit mesyuarat dan rekod pentadbiran memainkan peranan penting dalam menyokong sebarang perbincangan atau tuntutan berkaitan MA63.

Ujarnya, tanpa rekod yang sahih, sesuatu tuntutan mudah dipersoalkan.

Datuk Sharifah Hasidah berkata MA63 merupakan dokumen asas yang membentuk Malaysia dan menjadi rujukan utama dalam usaha memperkukuh hak serta kepentingan Sarawak.

Justeru, perbincangan mengenainya perlu terus diperkasa melalui penyelidikan yang teliti dan berpandukan dokumen yang autentik bagi mengelakkan salah tafsir terhadap sejarah pembentukan negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum "Menelusuri Peranan Sarawak dalam Memperkasa Hak dan Tuntutan di bawah MA63" bersempena Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2026 di Pustaka Negeri Sarawak hari ini.

Forum berkenaan menghimpunkan penggubal dasar, pengamal undang-undang, ahli akademik dan institusi arkib bagi membincangkan peranan Sarawak dalam memperkasa hak serta tuntutan di bawah perjanjian bersejarah itu.

Sementara itu, Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2026 yang membawa tema “Archives for Justice: Rights, Memory & Futures” turut diserikan dengan pameran khas dan Projek Legasi Sekolahku bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara rekod sejarah sebagai warisan negara.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok