KUCHING – Kehadiran Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato Sri Tiong King Sing, dalam satu majlis kempen politik di Johor baru-baru ini adalah atas kapasiti peribadi beliau dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.
Menurut beliau, GPS hanya mengetahui mengenai kehadiran Dato Sri Tiong pada majlis kempen berkenaan selepas dimaklumkan melalui laporan sebuah portal berita tempatan.
Beliau berkata, GPS kekal berpegang kepada pendiriannya untuk tidak mencampuri urusan pilihan raya di mana-mana negeri lain.
Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa sebarang spekulasi yang mengaitkan GPS dengan aktiviti kempen politik tersebut adalah tidak benar sama sekali.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back