• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 June 2026 | 11:13 AM

UNIMAS Kekal Teguh Bersama KPT Pertahan Integriti Sistem Kemasukan IPTA

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menegaskan komitmennya untuk terus mempertahankan integriti, kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan tinggi negara. 

Ia terutama apabila melibatkan proses kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit berkata, sebarang dakwaan yang berpotensi menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap proses kemasukan ke IPTA perlu dipandang serius. 

Hal ini kerana, ia melibatkan reputasi institusi pendidikan tinggi serta pihak yang terlibat dalam mengendalikan proses berkenaan.

Menurut beliau, perkara itu bukan sahaja menyentuh imej universiti awam, malah turut memberi kesan kepada warga pengurusan universiti, pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan kemasukan serta pelajar yang diterima melalui saluran yang sah.

Katanya, sistem pendidikan tinggi negara perlu terus dipertahankan berasaskan fakta, integriti dan kepercayaan masyarakat bagi memastikan kredibilitinya kekal terpelihara.

Sehubungan itu, UNIMAS menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menangani perkara berkenaan mengikut lunas undang-undang, dasar serta tadbir urus yang berkuat kuasa.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, Prof Dr Ahmad Hata berkata, UNIMAS sentiasa berpegang teguh kepada prinsip merit, integriti akademik, kualiti pendidikan dan pematuhan kepada peraturan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai institusi pendidikan tinggi awam.

Tegas beliau, perbincangan mengenai akses kepada pendidikan tinggi perlu dipandu oleh fakta, rasa tanggungjawab serta pendekatan yang membina demi kepentingan pelajar dan masa depan negara.

Menurutnya, pendidikan tinggi bukan sekadar berkaitan peluang memasuki universiti, sebaliknya turut melibatkan kemampuan pelajar meneruskan pengajian, memperoleh sokongan yang diperlukan serta berjaya menamatkan pengajian.

Dalam konteks Sarawak, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan menerusi kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan dan pelbagai pemegang taruh bagi memperluas akses pendidikan kepada lebih ramai pelajar.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok