• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 June 2026 | 02:39 PM

Isu Dadah Sarawak 2026: 7,526 Individu Ditahan, Kuching Rekod Kes Tertinggi Dalam Zon Merah

KUCHING - Sebanyak 5,675 operasi penguatkuasaan bersepadu berkaitan dadah dan penyalahgunaan substans yang dijalankan di seluruh Sarawak bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, berjaya menahan seramai 7,526 individu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahkan pecahan statistik tersebut di mana daripada keseluruhan tangkapan, seramai 350 individu disiasat sebagai pengedar manakala 1,274 lagi atas kesalahan memiliki dadah dan substans.

"Selain itu, seramai 5,902 individu didapati positif dalam saringan awal ujian air kencing yang dijalankan sepanjang operasi berkenaan bagi tempoh Januari hingga Mei 2026," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sehenti (OSC) Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS) di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Jumaat, 12 Jun 2026.

Mengulas mengenai lokaliti, Dato Sri Fatimah memaklumkan daerah Kuching merekodkan angka tangkapan tertinggi sekali gus diletakkan dalam zon merah dengan 2,080 kes. Daerah-daerah utama lain yang menyusul di belakang ialah Miri dengan 906 kes, Bintulu sebanyak 787 kes, dan Sibu dengan 776 kes.

Jelas beliau, pendekatan kerajaan Sarawak tidak hanya bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata, malah turut menekankan aspek rawatan klinikal dan program kesedaran awam. Sarawak kini mengendalikan 26 Pusat Sehenti Rawatan Ketagihan (OSCA) di klinik-klinik kesihatan terpilih seluruh negeri, selain Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Melihat kepada keberkesanan rawatan, pihak kerajaan negeri kini sedang giat berunding dengan Kementerian Dalam Negeri bagi memperluas dan menambah kemudahan institusi PUSPEN baharu di Sarawak.

Langkah ini penting berikutan Sarawak ketika ini hanya memiliki sebuah PUSPEN yang beroperasi di Kuching dengan kapasiti kemudahan yang amat terhad.

Justeru, pembukaan cawangan baharu di kawasan wilayah tengah dan utara Sarawak sedang dalam proses pemilihan tapak bagi menampung keperluan rawatan pemulihan yang semakin meningkat.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok