MIRI - Kerja baik pulih paip utama bersaiz 1,100 milimeter di Batu 7, Jalan Miri-Bintulu berjaya disiapkan sepenuhnya pada jam 8.30 pagi tadi.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang dalam satu kenyataan hari ini berkata, Sarawak Water kini melaksanakan pengisian semula sistem, penstabilan rangkaian dan aktiviti ‘flushing’ sebelum bekalan dipulihkan sepenuhnya.
Menurutnya, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 12 jam akan datang.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi, petugas dan sukarelawan yang terlibat serta berterima kasih kepada pengguna di Bahagian Miri atas kesabaran sepanjang gangguan bekalan air.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back