• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 June 2026 | 10:20 AM

Kantoi Merakam Dalam Tandas Imperial Mall Miri, Lelaki Dihukum Penjara Satu Minggu Dan Denda RM2,000

MIRI - Tindakan tidak bermoral seorang lelaki menunduk dan menghalakan kamera telefon bimbit di bawah pintu tandas awam membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara seminggu serta denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Miri pada 9 Jun lalu.

Hukuman tersebut diputuskan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang mengganggu kesantunan seseorang.

Berdasarkan fakta kes, kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 5 Jun 2026, kira-kira jam 11.00 pagi di tandas lelaki pusat belia-belah Imperial Mall, Miri.

Tertuduh dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah pintu tandas sambil menghalakan kamera telefon bimbitnya ke bawah pintu, seolah-olah sedang merakam individu di dalam tandas berkenaan.

Menyedari tindakannya diperhatikan oleh pengadu, tertuduh cuba melarikan diri dari lokasi kejadian. Bagaimanapun, tindakan pantas pengadu berjaya menangkap tertuduh sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sebagai bahan bukti keterangan di mahkamah, pihak berkuasa turut merampas sebuah telefon bimbit jenis iPhone 11 kepunyaan tertuduh.

Rentetan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Miri mengeluarkan peringatan tegas kepada masyarakat agar tidak menyalahgunakan peralatan gajet dan media sosial untuk merakam atau menyebarkan sebarang imej serta video lucah. Tegas beliau, tindakan tersebut merupakan kesalahan jenayah serius di Malaysia yang boleh mencalarkan rekod bersih seseorang.

Pihak polis turut menghargai kerjasama komuniti tempatan dan meminta sebarang maklumat jenayah disalurkan segera kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri atau balai polis berhampiran demi memastikan undang-undang negara sentiasa terpelihara.

Sumber: IPD Miri

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok