• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 June 2026 | 09:45 AM

Promosi Rentas Wilayah Perak-Sarawak Perkukuh Industri Pelancongan Domestik Negara

IPOH – Kerjasama antara Tourism Perak dan Tourism Malaysia Sarawak disifatkan sebagai antara strategi penting dalam memperluas pasaran pelancongan domestik sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Ketua Pegawai Operasi Tourism Perak, Zuraida Md Taib berkata, usaha itu dilaksanakan bagi memperkukuh promosi pelancongan antara kedua-dua negeri, sekali gus meningkatkan pergerakan pelancong domestik.

Menurut beliau, kerjasama rentas wilayah menjadi pendekatan penting dalam memperkukuh promosi destinasi pelancongan dalam landskap industri yang semakin kompetitif.

Menerusi lawatan media yang dianjurkan bersama Tourism Malaysia Sarawak, Perak berusaha memperkenalkan produk pelancongannya kepada pasaran Sarawak yang mempunyai potensi besar dari segi jumlah pelancong domestik.

Katanya, kerjasama tersebut bukan sahaja melibatkan promosi destinasi, malah membuka ruang kepada perkongsian maklumat, pembangunan pakej pelancongan serta pengukuhan jaringan antara pemain industri pelancongan kedua-dua negeri. 

Melalui lawatan media berkenaan, para peserta berpeluang melihat sendiri pelbagai produk pelancongan yang ditawarkan di Perak, termasuk tarikan alam semula jadi, warisan, budaya, geopark dan gastronomi.

Menurutnya, pendedahan secara langsung itu dijangka membantu media menghasilkan laporan yang lebih menyeluruh, sekali gus mempromosikan Perak kepada khalayak di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis makan malam bersama delegasi media Sarawak, malam tadi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok