• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 June 2026 | 04:30 PM

Piala Dunia FIFA 2026: U Mobile Tawar Data Tanpa Had Di RTMKlik

KUALA LUMPUR - Syarikat penyedia rangkaian 5G, U Mobile secara rasminya telah dilantik sebagai penaja siaran rasmi bagi Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026™ menerusi platform penstriman RTMKlik.

Pelantikan ini sekali gus menyaksikan komitmen syarikat telekomunikasi berkenaan dalam menghubungkan peminat sukan bola sepak di seluruh negara untuk menikmati kesemua 104 perlawanan kejohanan berprestij dunia itu dengan liputan yang lancar.

Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna U Mobile, Navin Manian berkata, langkah ini merupakan satu pencapaian penting buat U Mobile sebagai usaha untuk membawa rakyat Malaysia lebih dekat dengan acara sukan yang paling dinantikan di peringkat global melalui ganjaran dan akses tanpa had.

Menerusi kempen ini, U Mobile memperkenalkan Pas Bola Sepak ULTRA (ULTRA Football Pass) yang membolehkan semua pelanggan mudah alih dan jalur lebar menebus pas harian percuma bagi menikmati data tanpa had pada kelajuan tanpa had untuk menstrim perlawanan di RTMKlik. Pas khas ini boleh ditebus melalui aplikasi MyUMobile bermula 11 Jun hingga 20 Julai 2026.

Selain penstriman percuma, U Mobile turut menganjurkan kempen ULTRA Football Fest yang menawarkan pelbagai hadiah eksklusif bernilai tinggi buat para pelanggan mereka.

Antara hadiah utama yang disediakan ialah Jelajah Impian Bola Sepak ULTRA (ULTRA Dream Football Tour) bernilai RM250,000, iaitu pakej pelancongan bola sepak tajaan penuh untuk seorang pemenang bersama tiga orang rakan atau ahli keluarga ke beberapa bandar bola sepak paling ikonik di dunia.

Di samping itu, pelanggan yang melanggan, menaik taraf, atau membeli peranti di bawah pelan ULTRA Prepaid, ULTRA Postpaid, dan U Home 5G Broadband dari 5 Jun hingga 31 Julai 2026 turut berpeluang memenangi empat pakej ubah suai rumah Samsung bernilai RM50,000 setiap satu, 50 unit telefon pintar Samsung S26 Ultra, 100 unit TV Pintar Samsung 65-inci, serta 500 helai jersi rasmi pasukan Piala Dunia 2026.

Sumber: U Mobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok