KUCHING – Persatuan Badminton Sarawak (SBA) melantik bekas pemain kebangsaan dan negeri, James Chua sebagai Ketua Jurulatih Badminton Sarawak berkuat kuasa 1 Jun 2026.
James yang pernah berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta mengetuai skuad kebangsaan Republik Czech, membawa pengalaman luas dalam pembangunan atlet dan program prestasi tinggi di peringkat antarabangsa.
Sebagai Ketua Jurulatih, beliau akan menyelia pembangunan badminton Sarawak termasuk persiapan atlet elit, pencarian bakat, pendidikan kejurulatihan dan perancangan prestasi tinggi. Beliau juga akan terlibat dalam program pembangunan atlet di bawah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).
Presiden SBA, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar berkata pelantikan itu mencerminkan komitmen persatuan untuk memperkukuh struktur teknikal dan merealisasikan agenda SMASH 2030 bagi menjadikan Sarawak antara kuasa utama badminton negara.
Sementara itu, James menyifatkan peluang berkhidmat semula di negeri kelahirannya sebagai satu penghormatan dan bertekad bekerjasama dengan semua pihak bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat serta mencapai sasaran yang digariskan menerusi SMASH 2030.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back