BINTULU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menyerahkan dua projek sekolah baharu di Bintulu bernilai lebih RM100 juta kepada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperkukuh kemudahan pendidikan di kawasan pesat membangun di bahagian itu.
JKR Sarawak dalam kenyataan memaklumkan projek terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Samalaju bernilai RM57.62 juta dan Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Mohammad Bintulu bernilai RM42.74 juta.
Menurut kenyataan itu, kejayaan menyiapkan kedua-dua projek mencerminkan kerjasama erat antara KPM, JKR Sarawak selaku agensi pelaksana, kontraktor, perunding dan agensi teknikal berkaitan meskipun berdepan cabaran termasuk pandemik COVID-19 serta peningkatan kos bahan binaan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back