KUCHING - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan zakat berjumlah RM1 juta daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di Kompleks Satria Pertiwi, Kuching, semalam.
Zakat tersebut diserahkan oleh Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari dan akan diuruskan oleh TBS sebelum diagihkan kepada golongan fakir, miskin serta asnaf yang layak.
Menurut BDA, zakat merupakan amanah dan instrumen penting dalam memperkukuh kesejahteraan ummah, selain membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat yang memerlukan melalui agihan kepada penerima yang layak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back