• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 June 2026 | 10:49 AM

Lelaki Rogol Adik Tiri OKU Dipenjara 39 Tahun, 11 Sebatan

SERIAN - Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dijatuhi hukuman penjara 39 tahun dan 11 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuching selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol adik tirinya yang merupakan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) bawah umur.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan mahkamah.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling rehabilitasi sepanjang tempoh menjalani hukuman serta melapor diri di Balai Polis Serian selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman.

Ketua Polis Daerah Serian, Superintendan Freddy Bian Stanislaus Bian dalam kenyataan hari ini berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius jenayah seksual, khususnya yang melibatkan ahli keluarga serta golongan kanak-kanak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian seumpama itu diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian menerusi talian 082-874201 atau melalui laman Facebook Polis Daerah Serian.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok