• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 June 2026 | 12:50 PM

Hari Pendaftaran Seharusnya Menjadi Permulaan Kepada Keyakinan, Bukan Keresahan

KOTA SAMARAHAN — Kebimbangan awam berhubung tekanan kewangan semasa pendaftaran kemasukan ke universiti, perlu ditangani secara bertanggungjawab tanpa mencetuskan panik dalam kalangan pelajar dan keluarga.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, tekanan kewangan yang dihadapi keluarga kurang berkemampuan merupakan realiti yang perlu difahami dengan penuh empati.

Ia perlu ditangani melalui bimbingan, sokongan dan penyediaan laluan bantuan yang munasabah.

Menurut beliau, keadaan itu lebih ketara dalam kalangan pelajar dari luar bandar, B40 dan generasi pertama yang melanjutkan pengajian ke universiti.

Adalah kurang tepat untuk memberi gambaran seolah-olah pelajar akan terus dinafikan kemasukannya, hanya kerana berdepan kesukaran membuat bayaran pada hari pendaftaran, tegasnya.

Hari pendaftaran seharusnya menjadi permulaan kepada keyakinan dan bukannya keresahan.

Sehubungan itu, UNIMAS telah menyediakan pelbagai mekanisme kebajikan dan bantuan kewangan bagi membantu pelajar yang memerlukan.

Antara inisiatif yang ditawarkan termasuk bantuan yuran pengajian dan sara diri, kemudahan penginapan, Program Pembangunan Siswa SULUNG, Program Kasih Insani serta pelbagai lagi bentuk bantuan yang dilaksanakan menerusi kerjasama pelbagai pihak.

Cabaran seterusnya adalah untuk memastikan semua maklumat berkaitan bantuan tersebut, dapat disampaikan dengan jelas, tepat dan difahami oleh pelajar serta keluarga mereka.

Beliau berpandangan bahawa pelajar dan keluarga yang sering menjadi tumpuan kebimbangan awam tidak wajar dipandang rendah.

Mereka memerlukan maklumat yang tepat, saluran bantuan yang jelas serta layanan yang memelihara maruah dan memberi keyakinan untuk memulakan perjalanan pendidikan tinggi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok