KUALA LUMPUR – Dua kejadian gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 dilaporkan berlaku di Mambong, Sarawak dan Ranau, Sabah dalam tempoh 12 jam pada Selasa.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi di Mambong berlaku pada jam 10.33 malam pada kedalaman 10 kilometer (km).
Menurut MetMalaysia, gempa itu berpusat pada latitud 1.32 darjah utara dan longitud 110.39 darjah timur.
Gegarannya juga turut dirasai di beberapa kawasan sekitar melibatkan Samarahan dan Serian.
MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang, kerana kedua-dua kejadian tersebut dikategorikan sebagai gempa bumi lemah dan tidak mendatangkan ancaman besar.
Jabatan itu akan terus memantau keadaan semasa serta mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back