• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 June 2026 | 10:16 AM

Warisan Bersama Satukan Masyarakat Jagoi Malaysia-Indonesia

BAU – Ikatan budaya dan kekeluargaan masyarakat Jagoi terus kekal terjalin kukuh sejak ratusan tahun lalu, meskipun dipisahkan oleh garisan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep berkata, masyarakat Jagoi yang menetap di Jagoi Babang, Indonesia dan Bau, Sarawak masih berkongsi warisan, adat resam serta cara hidup yang sama walaupun berada di dua negara berbeza.

Menurut beliau, hubungan erat antara masyarakat di kedua-dua belah sempadan itu dapat dilihat menerusi amalan saling menjemput saudara-mara untuk bersama-sama meraikan perayaan Gawai yang dianjurkan setiap tahun.

Katanya, setiap kali sambutan Gawai diadakan di Jagoi Babang, saudara-mara dari Sarawak akan dijemput untuk meraikannya bersama.

Jemputan yang diterima itu mencerminkan keeratan hubungan masyarakat Jagoi yang terus dipelihara hingga kini.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Sambutan Gawia Sowa Ke-186 Tahun Dayak Bidayuh Bijagoi, di Kecamatan Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang, Indonesia, semalam.

Sumber: Suara Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok