KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 329 orang selamat tiba di tanah air pada jam 1.13 pagi tadi.
Ketibaan mereka menandakan bermulanya operasi haji fasa kedua bagi Musim Haji 1447H/2026M, iaitu proses membawa pulang jemaah haji ke tanah air.
Para jemaah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu disambut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, serta Pengarah Eksekutif Pengalaman Pelanggan Tabung Haji, Datuk Mohamed Ameen Abdul Wahab.
Kumpulan pertama yang terdiri daripada jemaah dari Selangor itu, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, pada jam 11.31 pagi semalam (waktu Arab Saudi) dengan pesawat Saudia Airlines.
Sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines bagi membawa pulang 31,600 jemaah haji Malaysia ke tanah air bermula 3 Jun.
Penerbangan terakhir dijadualkan tiba pada 1 Julai ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back