MULU – Tradisi ‘ngabang’ disifatkan sebagai manifestasi jelas identiti masyarakat Dayak yang diwarisi sejak turun-temurun.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, amalan tersebut bukan sahaja mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat Dayak, malah membuka ruang kepada perkongsian budaya dengan masyarakat lain di negeri ini.
Ia membuka peluang kepada pengunjung dari luar juga untuk merasai sendiri keunikan budaya Dayak yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat berkenaan.
Menurut beliau, Sarawak mempunyai kepelbagaian budaya dan etnik, namun pada masa yang sama menikmati tahap perpaduan yang sangat baik.
Katanya, semua pihak menghargai perbezaan masing-masing dan ia bukanlah satu masalah, sebaliknya merupakan aset yang amat bernilai.
Oleh sebab itu, Sarawak sangat unik dan perlu berbangga dengan tradisi seperti itu.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media, selepas mengunjungi Rumah Panjang Joseph Chon di Sungai Brit, Mulu sempena hari kedua sambutan Gawai, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back