• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 June 2026 | 11:22 AM

Ralat Teknikal Punca Paparan Had BUDI95 150 Liter, Kuota Kekal 200 Liter Sebulan – MOF

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan, paparan had bulanan Program BUDI95 sebanyak 150 liter yang dilihat oleh sebahagian pengguna semasa penyelenggaraan sistem pada jam 11 malam tadi, berpunca daripada ralat teknikal.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOF memaklumkan bahawa ralat tersebut telah dikenal pasti dan diperbetulkan sepenuhnya.

Menurut kementerian itu, kuota bulanan BUDI95 kekal sebanyak 200 liter sebulan bagi pengguna yang layak, termasuk bagi bulan Jun 2026.

“Tiada sebarang perubahan dibuat terhadap had bulanan program BUDI95,” menurut kenyataan tersebut.

MOF turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan program berkenaan akan terus dipantau bagi memastikan ia berjalan lancar, telus dan teratur.

Kementerian itu berkata, langkah tersebut penting bagi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan bantuan subsidi bersasar disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak menerimanya.

Terdahulu, sebahagian pengguna dilaporkan melihat paparan had bulanan BUDI95 sebanyak 150 liter ketika kerja-kerja penyelenggaraan sistem dijalankan, sekali gus menimbulkan kekeliruan mengenai kuota sebenar program berkenaan.

Namun, MOF menegaskan bahawa paparan itu hanyalah kesan daripada ralat teknikal dan tidak melibatkan sebarang perubahan dasar atau syarat program.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok