• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 June 2026 | 11:13 AM

Sarawak Perkukuh Kepakaran Tempatan untuk Industri Aeroangkasa Masa Depan

KUCHING - Sarawak sedang meletakkan asas bagi membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang aeroangkasa, sebagai persediaan untuk menceburi sektor berkenaan, termasuk teknologi satelit.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha itu penting selaras dengan rancangan negeri untuk meneroka sektor tersebut, yang dijangka memainkan peranan strategik dalam pembangunan masa hadapan.

Menurut beliau, Sarawak kini membangunkan nanosatelit pertamanya menggunakan teknologi CubeSat yang disasarkan untuk dilancarkan menjelang tahun 2030.

Katanya, satelit orbit rendah bumi itu akan menyokong perkhidmatan geolokasi masa nyata, pemantauan perhutanan, pengawasan maritim, pengurusan bencana, dan keupayaan pemerhatian bumi.

Oleh sebab itu, bagi mencapai hasrat tersebut, Sarawak mesti mula membuat persediaan sekarang untuk membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang-bidang terlibat termasuk kejuruteraan satelit, analitik data dan teknologi komunikasi masa hadapan

Beliau berkata demikian menerusi perutusan sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2026, semalam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok