KUCHING – Lembaga Pelabuhan Bintulu hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada Majlis Islam Sarawak dalam satu majlis yang disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Zakat disampaikan Pengurus Besarnya, Dato Sharkawi Alis kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.
Datuk Patinggi Abang Johari menzahirkan penghargaan terhadap inisiatif Lembaga Pelabuhan Bintulu yang terus memainkan peranan aktif dalam membantu meningkatkan taraf hidup golongan asnaf melalui kerjasama erat bersama Tabung Baitulmal Sarawak.
Sumbangan itu sebahagiannya adalah bagi membantu golongan asnaf termasuk fakir miskin, warga emas, anak yatim, OKU dan saudara baharu di Bintulu.
Lembaga Pelabuhan Bintulu turut menegaskan komitmen berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat serta menunaikan zakat perniagaan sejak 2018.
Sumber: Sarawakku
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back