SIBU - Sarawak Water memberi jaminan gangguan bekalan air di kawasan Teku Pasai sedang ditangani secara serius menjelang sambutan Hari Gawai.
Menerusi satu kenyataan hari ini, syarikat utiliti itu memberitahu tindakan segera termasuk penghantaran lori tangki air bersih dan kerja pembaikan paip bocor sedang giat dilaksanakan bagi menstabilkan bekalan di kawasan terjejas.
Pasukan operasi dan teknikal turut menjalankan pemantauan berterusan selain merancang beberapa projek penambahbaikan jangka sederhana dan panjang untuk memperkukuhkan sistem bekalan air.
Antara projek dirancang termasuk pelaksanaan Acute Plant di Rantau Panjang, menaik taraf Loji Rawatan Air Salim, pembinaan Tangki Aras Tinggi serta penggantian paip baharu di kawasan Teku.
Sarawak Water turut memaklumkan usaha sama sebelum ini telah dilaksanakan di kawasan Sibu Jaya dan Nibong Tada bagi meningkatkan kapasiti bekalan air kepada pengguna.
Perkembangan semasa akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi dari semasa ke semasa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back