KUCHING – Parlimen Santubong menerima sumbangan sebanyak 16 ekor lembu, sempena ibadah korban tahun ini hasil kerjasama kebajikan pelbagai pihak.
Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkata, sumbangan tersebut membuktikan semangat berkongsi rezeki dan membantu golongan memerlukan terus subur dalam kalangan masyarakat serta rakan strategik.
Hari ini, sebanyak tiga ekor lembu telah disembelih dan dagingnya akan diagihkan kepada penerima dari 15 kampung dalam Zon Jakaseh, Kampung Bintawa Hilir.
Menurut beliau, tiga ekor lembu yang dikorbankan itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 16 ekor lembu yang disumbangkan.
Sementara itu, baki 13 ekor lembu lagi telah diagihkan secara berperingkat ke beberapa kawasan lain di bawah Parlimen Santubong.
Antara kawasan yang terlibat meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai iaitu Zon Jakata dan Zon Jaksa, selain DUN Demak Laut yang merangkumi Zon Bako dan Zon Tabuan.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ibadah Korban Peringkat Parlimen Santubong di Kampung Bintawa Hilir, Kuching, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back