BINTULU - Seekor lembu korban yang terlepas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru berjaya ditangkap semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.45 petang.
Sebaik tiba, didapati seekor lembu seperti yang dilaporkan sedang berkeliaran di kawasan berkenaan.
Pasukan operasi kemudian bertindak menangkap haiwan tersebut menggunakan jerat tali sebelum berjaya mengawal keadaan dan menyerahkannya kepada pemilik.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back