KUCHING - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Kesyukuran Aidiladha anjuran Majlis Islam Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya, hari ini.
Sebanyak lapan ekor lembu disumbangkan oleh Majlis Islam Sarawak serta Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak.
Datuk Patinggi Abang Johari turut menyampaikan sumbangan daging korban kepada 30 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan saudara baharu sekitar Kuching.
Terdahulu, beliau bersama dif-dif kenamaan menunaikan Solat Sunat Aidiladha yang dihadiri lebih 3,000 umat Islam sekitar Kuching.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back