SIBU - Sebuah Toyota Harrier terbabas sebelum masuk ke dalam parit di Simpang Masuk Jalan Apollo Timur, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 pagi berhubung kemalangan kendiri itu.
Pemeriksaan di lokasi mendapati tiada mangsa ditemui di dalam kenderaan atau sekitar kawasan kejadian sebelum pasukan bomba berangkat pulang selepas keadaan disahkan selamat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back