• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 May 2026 | 06:02 PM

Battle of the Barbell Perkukuh Persediaan Atlet Angkat Berat Sarawak Menjelang SUKMA 2026

KUCHING – Penganjuran 'Battle of the Barbell' 2026 minggu lalu, menjadi pentas penting buat atlet angkat berat Sarawak, menguji tahap persediaan menjelang SUKMA Selangor 2026 Ogos depan.

Pertandingan tersebut bukan sekadar medan persaingan, malah turut menjadi indikator awal prestasi semasa atlet sebelum melangkah ke pentas lebih besar.

Bercakap mewakili pihak penganjur, Carter Wei berkata, kejohanan itu menampilkan 2 kategori utama iaitu Elit dan Terbuka bagi lelaki dan wanita.

Penganjurannya memberi peluang kepada atlet merasai suasana pertandingan sebenar dalam persekitaran yang lebih profesional.

Sepanjang pertandingan, penyertaan yang memberangsangkan serta aksi kompetitif yang dipamerkan, mencerminkan perkembangan positif sukan kekuatan itu di Sarawak.

Katanya, ia lebih daripada sekadar pertandingan, sebaliknya berfungsi sebagai platform pembangunan bakat dan membuka ruang kepada atlet untuk memahami standard serta intensiti yang diperlukan ke peringkat lebih tinggi.

Sehubungan itu, menerusi platform 'Battle of the Barbell' ia komited untuk menyediakan platform pertandingan berkualiti tinggi yang bukan sahaja menguji kekuatan, tetapi turut melahirkan generasi baharu atlet sukan kekuatan yang lebih berdaya saing.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok