KUALA LUMPUR - PETRONAS mengesahkan tiga pekerja perkapalan maut dalam satu insiden semasa kerja penyelenggaraan bot penyelamat di FSO Sepat di luar pantai Terengganu, semalam.
Syarikat itu dalam kenyataan media memberitahu insiden berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari dan melibatkan empat kakitangan.
Tiga mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada kira-kira jam 5.57 petang, manakala seorang lagi yang cedera telah dipindahkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dan kini masih dalam pemantauan.
PETRONAS memaklumkan siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back