• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 May 2026 | 03:10 PM

Bantuan Aidiladha Ceriakan Penduduk, Ringankan Beban Kewangan Menjelang Hari Raya

KUCHING - Program Sejahtera MADANI: Kebajikan Ziarah Insan Aidiladha 1447H yang berlangsung di Kuching hari ini, membawa kegembiraan kepada para penerima menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba.

Tinjauan wartawan Bilik Berita CATS pada program yang berlangsung di Masjid Darul Hana itu mendapati rata-rata penerima menzahirkan rasa syukur dan gembira atas sumbangan yang diberikan.

Ketua Kaum Kampung Pasir Pandak, Nazri Idi (59) berkata, pemberian bantuan seumpama itu banyak membantu para penerima dalam membuat persiapan keperluan sempena sambutan Aidiladha.

Menurut beliau, pelaksanaan program berkenaan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia mampu meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan.

Beliau turut menyifatkan kehadiran para penerima pada program tersebut sebagai satu bentuk pengorbanan untuk bertemu pemimpin yang sentiasa prihatin dalam membantu rakyat.

Sementara itu, Haini @ Paon Sekawi (61), turut menzahirkan rasa syukur apabila bantuan yang diterima amat membantu meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan.

Menurutnya, program seumpama itu wajar diperluaskan ke kawasan-kawasan lain pada masa akan datang agar lebih ramai golongan memerlukan dapat menerima manfaat.

Beliau turut berharap semangat pengorbanan dalam membantu orang lain dapat diteruskan supaya lebih ramai masyarakat memperoleh manfaat daripada usaha kebajikan yang dilaksanakan.

Bagi Sarbini Abdul Latip (60) pula, beliau turut melahirkan rasa gembira kerana tidak lagi perlu membeli daging selepas menerima sumbangan menerusi program tersebut.

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat untuk terus berkorban dalam apa-apa jua bentuk demi mencari keredaan Allah SWT sepanjang masa.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok