• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 May 2026 | 01:38 PM

Lebih 2,000 Peluang Pekerjaan Menanti Rakyat Sarawak

KUCHING - Lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor akan ditawarkan kepada pencari kerja sempena Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT Fair) 2026 yang akan berlangsung pada 6 hingga 7 Jun ini di Pusat Acara Hikmah Exchange, Kuching.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata pameran kerjaya, pendidikan dan latihan kemahiran itu akan menghimpunkan pelbagai syarikat serta majikan daripada sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, minyak dan gas serta industri teknikal, yang turut menawarkan sesi temu duga terbuka secara ‘walk-in’ sepanjang program berlangsung.

Beliau berkata penganjuran SCaT Fair 2026 turut mendapat sokongan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam menyelaras penyertaan industri bagi memperluas peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak, khususnya golongan belia.

Majlis perasmian program itu akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dato Sri Roland Sagah berkata demikian pada sidang media di TEGAS Digital Village hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis serta Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Datuk Len Talif Salleh.

Mengulas lanjut, beliau berkata tarikan utama SCaT Fair tahun ini ialah Zon Minyak dan Gas yang diselaraskan oleh PETROS, yang menampilkan penyertaan pemain industri utama menerusi galeri interaktif, ekspo industri serta sesi perkongsian berkaitan peluang kerjaya dan perkembangan sektor berkenaan.

Selain peluang pekerjaan, pengunjung turut boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif termasuk Taman Permainan STEM, Kejohanan Minecraft Sarawak, Cabaran Roket Sarawak, Pertandingan Master TVET serta Program Eksplorasi Kerjaya (CEP).

SCaT Fair 2026 turut menjadi platform kepada pelajar dan lepasan sekolah mendapatkan khidmat konsultasi pendidikan serta bimbingan kerjaya daripada institusi pengajian tinggi dan syarikat yang mengambil bahagian.

Orang ramai, khususnya pencari kerja, diseru hadir bagi merebut peluang pekerjaan serta meneroka prospek kerjaya yang ditawarkan sepanjang dua hari penganjuran program tersebut.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui www.scatfair.com atau Facebook rasmi TEGAS.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok