• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 May 2026 | 12:04 PM

Seramai 320 KIR di Santubong Terima Bantuan Aidiladha

KUCHING – Seramai 320 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Parlimen Santubong menerima bantuan keperluan asas sempena sambutan Hari Raya Aidiladha menerusi kerjasama tiga agensi, hari ini.

Para KIR berkenaan terdiri daripada penerima golongan eKasih yang melibatkan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut dan Pantai Damai.

Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri berkata, inisiatif tersebut diharap dapat meringankan beban perbelanjaan penerima dalam keadaan ekonomi semasa yang masih mencabar.

Menurut beliau, sambutan Aidiladha bukan sekadar perayaan, malah membawa mesej besar mengenai nilai keikhlasan, pengorbanan, kasih sayang dan keprihatinan sesama insan.

Melalui program seperti itu, ia bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan, malah dapat mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat setempat.

Pendekatan seumpama itu menurutnya perlu diteruskan, bagi memperluaskan impak bantuan serta menyemai semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Setiap penerima menerima bantuan berupa dua kilogram daging lembu segar dan telur gred A sebagai persiapan menyambut Aidiladha.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan Program Sejahtera Madani: Kebajikan Ziarah Insan Aidiladha 1447H di Kuching, hari ini.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok