• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 May 2026 | 12:46 AM

JDT Julang Piala Malaysia Edisi Ke-99, KCFC Beri Tentangan Bermaruah

Kuala Lumpur – Pengalaman berharga pastinya diraih Kuching City FC (KCFC) malam ini, biarpun gagal mengejutkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final penuh dramatik Piala Malaysia 2025–2026.

Pada perlawanan yang berlangsung di TM Stadium Nasional itu, skuad Harimau Selatan berjaya menewaskan KCFC 2-0.

Perlawanan bermula seimbang apabila kedua-dua pasukan berjaya memastikan tiada jaringan dihasilkan pada separuh masa pertama.

Walaupun penyerang sensasi JDT, Bergson Da Silva berjaya merembat kencang bola menerjah jaring KCFC, jaringan itu dibatalkan selepas kekasaran pemain itu ke atas pemain KCFC.

Saingan yang diberikan KCFC malam ini wajar dipuji apabila berjaya mengawal permainan dengan cukup baik, di samping mencipta beberapa serangan balas berbahaya yang hampir diterjemahkan kepada gol.

Namun begitu, peluang keemasan yang hadir gagal disempurnakan akibat ketumpulan penyudah serta pengalaman dan kualiti dimiliki barisan pertahanan JDT.

Aksi cemerlang penjaga gol KCFC, Haziq Nadzli juga perlu diberikan pujian apabila menjadi watak penting memastikan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, KCFC memperoleh peluang terbaik untuk mendahului permainan apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain sayapnya, Muhammad Ramadan Saifullah dikasari oleh La’Vere Corbin-Ong di dalam petak penalti.

KCFC berpeluang memimpin perlawanan 1-0, namun peluang itu disia-siakan selepas rembatan Ramadan tersasar ke sebelah kanan gawang JDT.

Kegagalan Ramadan untuk menyempurnakan sepakan penalti itu, pastinya memberikan kelegaan buat kem JDT.

Permainan kembali rancak selepas itu sehinggalah minit ke-81 apabila pemain import JDT, Guilherme De Paula memecah kebuntuan menerusi jaringan lambung yang menewaskan Haziq.

Jaringan tersebut menggamatkan stadium dengan kehadiran kira-kira 30,000 penyokong JDT yang hadir menyaksikan aksi final berprestij itu.

Tersentak dengan gol tersebut, KCFC kembali mengatur corak permainan bagi mencari jaringan penyamaan sebelum tamat perlawanan.

Namun, ketika aksi memasuki masa kecederaan, pemain sensasi JDT, Arif Aiman Hanapi menambah derita KCFC apabila menjaringkan gol kedua menerusi rembatan menarik hasil gerakan solo yang dimulakan beliau sendiri.

Jaringan itu sekali gus memastikan kemenangan 2-0 berpihak kepada JDT selepas tamat perlawanan penuh dramatik tersebut.

Kejayaan berkenaan menyaksikan JDT melengkapkan penguasaan semua trofi domestik musim ini, di samping menambah koleksi Piala Malaysia ke-6 mereka, sekali gus muncul pasukan pertama memenangi trofi berprestij itu empat musim berturut-turut.

Bagi KCFC pula, pengalaman beraksi buat kali pertama di pentas final Piala Malaysia pastinya menjadi pengajaran paling berharga buat kelab itu dalam usaha melakar pencapaian lebih gemilang pada masa hadapan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok