• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

23 May 2026 | 05:10 PM

Program Sarawakku Sayang Bukti Komitmen Kerajaan Dekati Rakyat - Rundi

BINTULU - Program Sarawakku Sayang (SKS) merupakan satu komitmen dan janji kerajaan untuk terus mendekati rakyat serta memastikan perkhidmatan disampaikan secara terus kepada masyarakat.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, pelaksanaan program di Bintulu ini merupakan siri ketiga selepas diadakan di Limbang dan Miri.

Menurut beliau, pendekatan turun padang yang dilaksanakan kerajaan Sarawak bertujuan memastikan rakyat dapat mengakses pelbagai bentuk perkhidmatan dan bantuan dengan lebih mudah dan berkesan.

Katanya, program SKS yang berlangsung tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei ini melibatkan penyertaan 47 agensi kerajaan yang beroperasi di bawah konsep pusat sehenti yang inklusif serta mesra rakyat.

Beliau menjelaskan, kesemua agensi berkenaan merangkumi enam kluster utama iaitu Digital dan Inovasi; Keusahawanan; Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan; Kesihatan, Sosial dan Kebajikan; Kaunter Bayaran dan Perkhidmatan; serta Kaunter Pentadbiran Bahagian dan Daerah.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi semua pegawai, kakitangan serta sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan demi kesejahteraan rakyat.

Dato Sri Rundi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang di Bintulu, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok