BINTULU - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini melawat tapak projek pembinaan jalan raya berkembar dari Jambatan Kemena ke Lapangan Terbang Bintulu.
Projek bernilai RM69,94 juta itu dijadual siap pada Oktober 2027.
Ia dijangka dapat memendekkan masa perjalanan serta jarak dari bandar Bintulu ke Lapangan Terbang Bintulu dan dari bandar Bintulu ke Tatau serta Sibu, dan sebaliknya.
Selain itu, pembinaan jalan raya berkembar berkenaan turut dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas menerusi penyediaan laluan alternatif kepada pengguna jalan raya di kawasan terbabit.
Projek berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan Sarawak dalam memperkukuh rangkaian infrastruktur jalan raya serta meningkatkan sistem perhubungan dan mobiliti penduduk di bahagian Bintulu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back