BAU - Seorang pemandu lori cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kampung Buso, Jalan Bau-Kuching, petang tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2 petang.
Akibat kemalangan itu, seorang mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan mengalami patah kaki kiri.
Seorang lagi pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back