SERIAN - Dua lelaki cedera ringan selepas pacuan empat roda yang dipandu mereka terbabas sebelum terbalik di tepi jalan berhampiran Mentong Braoh, Paon Rimu, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan kendiri itu pada jam 6.16 pagi.
Anggota bomba yang tiba bertindak mengeluarkan seorang mangsa yang didapati terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.
Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back