• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 May 2026 | 01:07 AM

KAA Anjur Pesta Makanan Autisme, 2 Ogos Ini

KUCHING - Persatuan Autistik Kuching (KAA) akan menganjurkan Pesta Makanan Autisme pada 2 Ogos ini di Dewan Association of Churches, Jalan Stampin, bagi mengumpul dana serta meningkatkan kesedaran mengenai autisme.

Program yang berlangsung dari 8 pagi hingga 12 tengah hari itu turut menghimpunkan vendor makanan, penaja, sukarelawan serta masyarakat umum bagi menyokong program dan perkhidmatan KAA.

Menurut KAA dalam kenyataan hari ini, dana yang dikumpul akan digunakan untuk program pendidikan, intervensi, latihan vokasional, pembangunan pelajar serta sokongan kepada golongan autistik dewasa.

KAA turut memaklumkan antara fokus utama ketika ini ialah memperkukuh program penjagaan dan latihan kemahiran bagi membantu individu autistik hidup lebih berdikari serta menangani kebimbangan ibu bapa mengenai masa depan anak mereka.

Inisiatif itu juga merupakan sebahagian usaha jangka panjang KAA untuk menyediakan sokongan berterusan kepada golongan autistik dan keluarga mereka.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok