LUNDU - Sebanyak 22 organisasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menerima sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 2 berjumlah RM65,000 hari ini.
Majlis penyerahan cek itu berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu di Lundu.
Agihan dana MRP itu melibatkan pelbagai organisasi akar umbi dan komuniti setempat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pengurusan masjid.
Sumbangan berkenaan merupakan komitmen berterusan dalam memastikan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan masyarakat di daerah Lundu dan Sematan dapat berjalan lancar.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back